Sabtu, 28 Ogos 2010

BATAS2 BERHIAS

Hadith :




Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”



Riwayat Ibnu Mas’ud





Huraian



i) Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.



ii) Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.



iii) Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.



iv) Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.



v) Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

BERUS BULU BABI




saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN


masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN.



SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN



I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL



However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter ternampak tulisan 100% BOAR di brush



Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THRIDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.



The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL



Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam i TERTIPU and i rasa I AND AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Ummat Islam

Kod Babi Pada Makanan – Penting Untuk Umat Islam (Artikel ini telah diedit sedikit untuk memudahkan pembacaan- ummuabbas)

<http://www.tranungk ite.net/modules. php?name= News&new_ topic=24> Oleh Dr. M. Anjad Khan



Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat dan Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua barang, makanan dan ubat-ubatan.



Produk apa pun yang akan dipasarkan oleh suatu perusahaan, produk tersebut harus mendapat izin terlebih dahulu dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis.



Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC. Oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.



Banyak daripada bahan-bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang ditulis dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141.



Awalnya, saat Syeikh Sahib menemui bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang pakar dalam bidang itu.



Orang tersebut menjawab, “KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.”



Jawaban tersebut menimbulkan rasa curiga buat Syeikh Sahib. Kemudian dia mula menyelidiki kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temui cukup memeranjatkan kaum muslimin di dunia.



Hampir seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42000.



Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lain. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.



Yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM.



Kemudian badan babi tersebut dipusing untuk membuang lemak. Kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.



Mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil.



Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan dan ubat-ubatan dicantumkan pada kemasan.



Oleh kerana itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.



Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.



Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan untuk sampai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan akibat terkena air laut.



Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai lapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan muslim dan beberapa vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).



Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan catatan lemak babi dalam kemasan dengan mencatat lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.



Saat pengeluar produk ditanya oleh pihak berwajib dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya ialah lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) dan domba, meskipun begitu, lemak-lemak tersebut masih haram bagi muslim kerana kaedah penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak menurut syarak. Justeru itu produk dengan label baru tersebut tetap dilarang masuk ke negara-negara Islam.



Akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba pasaran ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.



Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan dan ubat-ubatan lainnya.



Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)] oleh negara-negara muslim, kita sebagai orang Islam tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.



Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi lemak babi.



E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,

E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,

E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,



E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,

E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.



Menjadi tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga menghebah informasi ini kepada saudara kita.



Sumber:

http://keranacinta.wordpress.com

Product kecantikan di haramkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.


Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.



Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.



Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.



Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.



Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.



Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.



“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.



Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).



Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.



INFO

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan



Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

Kintop

Body Beaus

BMI-9 Xylimming Capsule

Senna Plus Capsule



Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

Lami



Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

Obexlim

Slimax Coffee

Beaute Fit Body Contour

Body Trimz



Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

357 Nasal Spray



Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

Makjun Taufiq Dua Istimewa

Majun Dua Istimewa

Ginseng Jin Fui Wan

Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

Makjun Syafiq 3 Istimewa

Reepo



Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

Air Ikan Haruan



Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

Eriesya Spa Beauty Cream

Atika Beauty Renewal Cream

Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

Ratna Sari Whitening Night Cream

Tia Amelia Krim Jeragat

Chantique Whitening Night Cream

RZAC White Pearl Cream

Nuriz Day and Night Cream

Elite Rias Er Cream

R&Z Whitening Night Cream

Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

Pigmentation Recovery Complex

Zara Rejuvenation Cream

Natasya Krim Herba Gold

De Putih Night Cream



Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill



Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

Qian Tong Dan

Raja Ubat Resdung

Coral Plus UA 350M

PUNTUNG ROKOK MENGANDUNGI DARAH BABI

YANG HARAM ITU JELAS




KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.


JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda

halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :

Canned Meat

Canned Seafood

Canned Fruits

Canned Vegetables

Seasonings

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.



Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati

website



http://www.halaljakim.gov.my/



HARAP DIHEBAHKAN ...................FORWARDDDDDDDD

Aik Cheong Coffee Haram...............



MEMPUNYAI KOD LEMAK BABI.
E471 IALAH KRIMER YANG DIPERBUAT MENGGUNAKAN TULANG BABI.